Surau An Nur Taman Setiawangsa [belakang Sek Keb Setiawangsa] akan adakan kursus solat untuk remaja lelaki berumur antara 10 hingga 17 tahun semasa cuti tahun baru cina iaitu pada 28 Januari 2017 nanti.
Daftar diri pada 8.15 pagi, 8.30 taklimat. 9.00 pagi ceramah dimulakan. Kursus selesai selepas solat Dzohor dan makan tengahari.
Peserta tertakluk kepada 50 orang sahaja bagi mencapai keberkesanan pembelajaran teori dan praktikal.
Kursus ini adalah percuma. Pakaian mengikut kesesuaian dan selesa masing-masing. Dan, sila bawa buku nota dan pen.
Kursus antara lain menyentuh juga cara berwudhu dengan betul, pergerakan fizikal serta bacaan-bacaannya.
Untuk mendaftar, sila klik BORANG DAFTAR .
Jika Tuan Puan yang ingin hadir bagi menambah ilmu atau menemani anak-anak sepanjang kursus, sila maklum kepada kami agar kami dapat sediakan ruang khas ibu-bapa dan makan/minum secukupnya.
Sementara itu Tuan Puan boleh menghubungi saya Noor Mohamad 019 275 0075 atau Tuan Safari 019 217 6980 untuk maklumat lanjut.

Ringkasan
- 28 Januari 2017 [Sabtu]
- 8.15 pagi hingga solat Dzohor
- Lelaki sahaja
- Percuma
- Tempat terhad
Terima Kasih