Saturday, October 6, 2018

ILMU REFLEKSOLOGI

AM [PENDAPAT DAN PERMERHATIAN]

Ia BUKAN rawatan atau perubatan alternatif. Ia HANYA membantu. Tidak lebih dari itu. Sebagaimana makan sikit boleh membantu baiki kesihatan. Jika refleksologi boleh kurangkan masalah pernafasan, rasa lebih ceria dan lain-lain; itu semua secara kebetulan atau ada kaitan dengan hal-hal lain.

Tuan pernah fikir tentang beza bila  dapat gaji atau ada duit dalam poket berbanding dengan kurang duit atau tak ada duit. Ia bukan makanan minuman atau ubat. Ia hanya duit. Sama juga beza antara kena marah dengan bos dan dapat pujian.

Samalah dengan refleksologi. ia mempunyai kaitan rapat dengan hal lain. Sukar saya hendak terangkan sebab saya kan orang biasa saja.

Di MALAYSIA, refleksologi atau gambar kaki di kedai yg tertutup sedikit sebanyak ada kaitan dengan pelacuran. Kasihan kpd peminat refleksologi walaupun bukan semua.


Thursday, June 28, 2018

Majlis Hari Raya Kg Tersusun Tasek 2018

malam tadi meeting di rumah SI Jamaluddin, jln hala tasek timur 22. sambil makan jamuan raya ada pulak acara potong kek untuk cucunya. atok bagi 5 minit jer untuk potong kek. Mcm masih kerja dlm Polis lagaknya. gurau2 jer gitu. jamuan raya bermula jam 9.15 malam.

1030 mlm mesyuarat rukun tetangga bermula [27 Jun 2018]. tup tup, keputusan awal spt berikut:

nak buat pada 7 Julai hari Sabtu di dewan komuniti kg tersusun tasek. dewan datok sham.   bincang-bincang.. nak mula jam 2.30 ptg mcm tu, dan habis sebelum waktu 'asar.

kemudian bincang bab menu, logistik, bajet dan sumbangan.

meeting seterusnya pada 3 Julai. teman tak dpt hadir sbb nak ke KL, ada temujanji dgn ortho. al maklum, frozen shoulder....faktor usia.

suasana meeting amat santai. gelak tak habis2. tapi mantop.

hari ni, 28 Jun, wasap aktif gaban. mcm2 info terkini dibincang dan dimaklum tentang persiapan majlis ini.

Saturday, April 21, 2018

MAJLIS BERKHATAN 2018 KG TERSUSUN TASEK 31400 IPOH

Udah 7 tahun RUKUN TETANGGA Kg Tersusun Tasek di tubuhkan namun masih belum ada papan tanda [sign board]. Kita KIV dulu hingga ada lebihan dana dan opis.

Apa-apa pun.. jom jadi rakyat yang matang. Yang lebih penting ialah kita penduduk Kg Tersusun Tasek hidup rukun dan  damai, harmoni dan selamat.

Selamat apa nyer? Scooter Tok Ketua pun di rembatnya masa kawan tengah solat Isya di Masjid Syakirin. Redho jer ler kata demer. Yer la sebab tak kena kat demer.



Itu baru mukaddimah...belum mola lagi..

RUKUN TETANGGA bukan hanya meronda kwsn kg pada waktu malam. Ia adalah salah satu jentera kjaan menyatu padukan rakyat setempat dgn bajet paling minima. 6K setahun. InsyaAllah masih boleh survive!

Pada hujung tahun 2018, kita merancang  di adakan MAJLIS BERKHATAN PERDANA. Berkhatan beramai-ramai. Atok2 dan tokki tentu mahu cucu-cucu kita balik kg masa cuti sekolah untuk majlis ini. Lama sikit demer di kg nanti. Siap-siaplah stok beras dan gula.  

Foto Hiasan


Lokasi tentatif samada  di masjid As Syakirin aau di Dewan Komuniti Kg Tersusun Tasek. Butir terperinci masih dlm perancangan. Doakan ia akan berlaku. 

Majlis akan diurus oleh AJK Rukun Tetangga Kg Tersusun Tasek dgn kerjasama semua penduduk kg. Hingga ini di cadang pada 1 hb Disember 2018 di Masjid As Syakirin dan bayaran kurang lebih RM98.00/pax [tertakluk kpd perkembangan semasa]. Kita had dulu kepada 30 orang dan jika sambutan merimpah-ruah kita up kan lagi.

Sekiranyanya, tuan puan mahu daftar atau tempah awal, sila klik di sini. Tarikh akhir daftar/pembatalan akan di maklum kemudian..

DAFTAR/TEMPAH klik di sini


Rombongan. Kami tanya orang-orang lama aka veteren; apa aktiviti sesuai dgn nya. Ada 2 jawapan... hadir kenduri tahlil sebab isteri tak ada nak larang apa nak makan, kedua.. pergi rombongan dengan otai-otai.

Bila dok dengan kawan-kawan, tak terasa pun kawan udah tua....
Masjid Baitul Rahman



Bab rombongan ni ada juga desas desus, nak buat rombongan warga emas ke Medan atau Acheh. Teringin nak tenguk dan  solat di masjid bersejarah di Acheh. Telekong kat sana pun murah-murah katanya. 

Ada banyak lagi aktiviti yg sedang di fikirkan....

untuk anak-anak, wanita, warga emas, dan tidak lupa keselamatan kg. Kita akan usahakan gotong royong kg, ceramah keselamatan, lawatan muhibbah, latihan  kecemasan, camping [untuk anak-anak] dll.

Teringin juga nak jadikan Kg Tersusun Tasek ni buah mulut orang-orang di Ipoh atau Perak...





   

Tuesday, June 6, 2017

Perpaduan Islam

Krisis Diplomatik Asia Barat: Apa Yang Berlaku.?

1. Pada pagi Isnin, 05 Jun 2017: Negara Arab Saudi bersama Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mengisytiharkan mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Negara Qatar. Berkuatkuasa serta merta, segala jalan perhubungan melalui darat, udara dan air turut diputuskan.

Tidak lama kemudian, Kerajaan Yaman, Timur Libya dan Maldives turut mengumumkan langkah yang sama.

Namun demikian, tindakan ini tidak pula diikuti oleh Negara Kuwait dan Oman yang juga ahli dalam Gulf Cooperation Council (GCC). 

2. Mengapa Hubungan Diplomatik Diputuskan.?
Arab Saudi bersama dengan negara yang seangkatan dengannya membuat keputusan ini kerana mendakwa Qatar terlibat dalam unsur aktiviti keganasan dan ektremisme iaitu menaja kumpulan Ikhwanul Muslimin, Al Qaeda, ISIS dan kumpulan pengganas yang disokong Iran. 

Dalam erti kata lain, Arab Saudi mengajak negara rakan bersekutu dalam GCC memulaukan Qatar kerana Qatar dilihat agak terbuka terhadap Iran.  



3. Qatar bukanlah sebuah negara yang besar, ia hanya berkeluasan 11,586 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 2.2 juta orang sahaja. Kelebihan pada Qatar ialah kekayaannya dalam sumber minyak dan gas asli. Negaranya kecil tetapi kaya. Maka, tidak hairanlah pendapatan perkapita rakyatnya adalah yang tertinggi di dunia iaitu $129,700 yang bersamaan dengan 595% purata pendapatan per kapita dunia. Dengan kekayaan negara tersebut, Qatar telah terpilih menjadi negara tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022. 



Selain itu, aset strategik Qatar yang amat bernilai ialah rangkaian media Al Jazeera yang begitu terkenal dan berpengaruh. 
Negara yang bersistemkan raja monarki keluarga Al Thani ini merupakan bekas tanah jajahan Inggeris, ia merdeka pada tanggal 3 September 1971.  Qatar kini dipimpin oleh Amirnya yang bernama Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

4. Apa beza Qatar dengan negara Arab yang lain.?
Bezanya ialah pada dasar dan polisi antarabangsa yang bersifat lebih terbuka dan neutral. Polisi antarabangsa yang terbuka ini lebih mementingkan "soft power" seperti media, diplomasi, pendidikan, kebudayaan, sukan, pelancongan, ekonomi dan bantuan kemanusiaan. Ia membina hubungan strategik dengan negara yang berkuasa besar dan pertengahan. 

Hal ini membuatkan Qatar agak 'bebas' dalam menentukan dasar diplomatiknya. 

Di Qatar, terdapat pusat pengkalan tentera Amerika Syarikat yang terbesar di Asia Barat dengan jumlah tentera seramai 10,000 orang.
Pada masa yang sama, Qatar juga sering menjadi tempat transit dan pertemuan pimpinan utama gerakan Islam seperti Hamas dan Ikhwanul Muslimin.



Bahkan, Syeikh Yusof Al Qardhawi yang menjadi buruan Kerajaan Mesir telah mendapat perlindungan diplomatik di Qatar. Doha, ibu negara Qatar menjadi ibu pejabat Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh  Syeikh Yusof Al Qardhawi. 

Qatar juga bersikap agak terbuka dengan Iran.

Aneh bukan.? Qatar ini berpihak kepada siapa sebenarnya.?
Inilah yang dinamakan 'open foreign policy' yang agak bertentangan dengan kehendak Arab Saudi yang mahu memperkukuhkan hegemoninya dengan bertindak seperti ketua kesatuan negara Arab yang begitu bermusuh dengan Iran, negara bukan Arab. 

5. Apa yang berlaku sebelum krisis ini.?

Pada 21 Mei 2017: Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat. Tetamu istimewa sidang itu ialah Presiden US Donald Trump yang diberikan peluang berucap di hadapan kalangan 56 pemimpin negara Islam. Dalam ucapannya,Trump menyerang Iran yang dikatakan punca keganasan dan ketidakstabilan khususnya di rantau Asia Barat. Maka, dalam Deklarasi Riyadh mereka bersepakat untuk menentang keganasan yang secara tidak langsung ditujukan kepada Iran sebagai musuh yang perlu diperangi bersama. 

Hebat bukan.? 
Pemimpin Negara Arab sanggup bersekongkol dengan US yang berlagak suci lagi alim itu dalam menentang Iran yang dikatakan sumber keganasan. 

Adakah mereka terlupa bahawa selama ini US jugalah yang mencetus peperangan, menghuru-harakan dan mencabul kedaulatan negara ummat Islam.?

Palastin di musnah dan di buli, negara Arab langsung tidak kisah


6. Siapa yang untung daripada krisis ini.?
Antara respon terawal yang menyambut baik keputusan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar ialah Israel melalui kenyataan Menteri Pertahanannya, Avigdor Lieberman yang memuji langkah menentang keganasan.

Sungguh menyedihkan, negara ummat Islam sanggup memutuskan hubungan ukhwah sesama negara yang seakidah dengannya di bulan Ramadhan yang mulia ini demi mengikut telunjuk acuan kafir.

Namun, ini tidaklah mengejutkan sangat kerana pada 04 Jun 2017 telah didedahkan melalui media isi kandungan emel Yousef al-Otaiba, Duta Negara UAE ke US. Dalam emel tersebut terkandung bukti komunikasi yang begitu rapat antara Duta UAE dengan wakil Foundation for the Defense of Democracies, kumpulan pemikir strategik pro Israel yang berpusat di Washington. Mereka sudah lama merancang untuk memburukkan imej Qatar dan Kuwait, peranan UAE dalam episod rampasan kuasa yang gagal di Turki, dan usaha menentang Hamas dan Ikhwanul Muslimin.  

7. Apa penyelesaian krisis ini.?
Apabila berlakunya sesuatu krisis diplomatik, jalan yang terbaik ialah kembali ke meja rundingan. Pihak ketiga perlu memainkan peranan untuk mendamaikan yang bertelagah. Kelihatannya, usaha ini sedang giat dijalankan oleh Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah dan Presiden Turki Recip  Tayyip Erdogan.

Proses mediasi ini penting agar dapat merungkaikan perselisihan yang berlaku.

Akhirnya, kita akan dapat lihat nanti samada Qatar akan tunduk terhadap desakan Arab Saudi itu atau ia terus tegas  dan berani dalam mempertahankan prinsipnya yang tersendiri.

*Nota Tambahan;
Semestinya kita menantikan ulasan Tuan Guru Presiden PAS berkenaan isu ini kerana beliau sememangnya individu pakar dalam bidang geopolitik antarabangsa. 

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli, 
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS 
06 Jun 2017

Saturday, June 3, 2017

Antara Pengikut dan Pemimpin

Memimpin surau mudah kerana mindset nya satu saja. Solat dengan selesa dengan segala peralatan yang mampu. Jika tikar getah pun tikar getahlah!

Memimpin ini jadi rumit bila objektif nya berubah dan mula mengutamakan lain dari solat; mahu duit simpanan yang banyak, lebih selesa dari selesa, mahu popular, mahu kuasa, mahu buat keputusan sendiri....

Hilanglah ajaran Rasulullah dalam banyak aspek: amanah, ikhlas, iman, bermesyuarah, jimat....

Jemaah mahu kemesraan, tapi insan yang bersukarela selalu diberi arahan yang tidak putus-putus lalu hilang rasa hormat. Telan pula rasa kecewa.

Asasnya dan penyakitnya - hanya tersasar atau tergelincir dari hasrat dan matlamat asal: Mahu semua qariah atau masayarakt setempat sama-sama datang solat di sini.

Sumbangan material dan tenaga dihargai- tidak dipandang serong. Atau ada sekelumit buruk sangka ke atas orang lain.


Friday, December 23, 2016

Kursus Solat





Surau An Nur Taman Setiawangsa [belakang Sek Keb Setiawangsa] akan adakan kursus solat untuk remaja lelaki  berumur antara 10 hingga 17 tahun semasa cuti tahun baru cina iaitu pada 28 Januari 2017 nanti.

Daftar diri pada 8.15 pagi, 8.30 taklimat. 9.00 pagi ceramah dimulakan. Kursus selesai selepas solat Dzohor dan makan tengahari.

Peserta tertakluk kepada 50 orang sahaja bagi mencapai keberkesanan pembelajaran teori dan praktikal.

Kursus ini adalah percumaPakaian mengikut kesesuaian dan selesa masing-masing. Dan, sila bawa buku nota dan pen.

Kursus antara lain menyentuh juga cara berwudhu dengan betul, pergerakan fizikal  serta bacaan-bacaannya. 

Untuk mendaftar, sila klik BORANG DAFTAR . 

Jika Tuan Puan yang ingin hadir bagi menambah ilmu atau menemani anak-anak sepanjang kursus, sila maklum kepada kami agar kami dapat sediakan ruang khas ibu-bapa dan makan/minum secukupnya.

Sementara itu Tuan Puan boleh menghubungi saya Noor Mohamad 019 275 0075 atau Tuan Safari 019 217 6980 untuk maklumat lanjut.


Ringkasan

  • 28 Januari 2017 [Sabtu]
  • 8.15 pagi hingga solat Dzohor
  • Lelaki sahaja
  • Percuma
  • Tempat terhad 

Terima Kasih